
WMOTO Griffin 205 (2026) sudah mula memasuki rangkaian pengedar sah Mforce Bike Holdings di seluruh negara bermula minggu ini.
Model ini dilancarkan secara rasminya di Mforce MotoXperience 2026 pada 29 Mei 2026 sempena acara Malaysia Bike Show di MAEPS Serdang.


Pengumuman masuk ke pasaran ini dibuat semasa majlis perasmian cawangan Mforce Smart Shop di Pusing, Perak.
Skuter WMOTO Griffin 205 ada beberapa ciri menarik seperti sistem pencahayaan LED penuh, ada winglet, soket USB Type-A dan Type-C, ada kamera dashcam depan, ciri Kawalan Cengkaman yang boleh dinyah aktif.
Harga WMOTO Griffin 205 (2026)

Harga badan WMOTO Griffin 205 (2026) ialah RM8,888 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Warna WMOTO Griffin 205 (2026)

Skuter WMOTO Griffin 205 didatangkan dengan 4 warna pilihan iaitu Xtreme White (putih), Nitro Red (merah), Glacier Grey (kelabu) dan Action Blue (biru).
Spesifikasi WMOTO Griffin 205 (2026)
- Enjin 4-lejang jenis silinder tunggal 198.8cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Kuasa dihasilkan 14.5kW @ 8,250rpm
- Tork dijana 17.5Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear jenis CVT
- Berat bersih skuter 126kg
- Tinggi tempat duduk 790mm
- Panjang 1,970mm
- Lebar 700mm
- Tinggi 1,120mm
- Jarak bumi 100mm
- Jarak roda 1,380mm
- Fork teleskopik (depan) jarak travel 75mm
- Absober berkembar dengan sub-tangki (belakang), jarak travel 60mm
- Roda depan 14 inci dengan saiz tayar 100/80-14
- Roda belakang 14 inci dengan saiz tayar 120/70-14
- Brek cakera depan 230mm, ada ABS
- Brek cakera belakang 220mm, ada ABS
- Tangki minyak 11 liter
Artikel Berkaitan
- Griffin Pro (2026): Skuter guna enjin 200cc akan lancar tidak lama lagi, berkuasa 19.5hp?
- ‘Ariffin’ (Euro Griffin 180i) muncul di Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG) Terengganu
- Euro Griffin 180i, QJMOTOR AX200S, NEXY+ 180i, Cyclone RT3E, VOGE SR250GT, VOGE SR4Max hadiri Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG)
- EURO Griffin 180i sudah masuk Malaysia, lancar September 2025?
- Zonsen juga buat skuter Griffin 180i….Ada potensi masuk Malaysia?
- Euro Griffin 180i ialah Zhineng Griffin di China?

































