Mforce akan ‘recall’ motosikal dan skuter untuk tingkatkan kualiti produk

Mforce Bike Holdings (Mforce) akan umumkan program panggilan balik atau recall beberapa model motosikal atau skuter mereka untuk peningkatan kualiti komponen.

Pengumuman awal sudah dibuat Ketua Pegawai Operasinya, Asri Ahmad dalam ucapan perasmian Mforce Smart Shop di Pusing, Perak baru-baru ini. Rakaman video ada di bawah:

Maklumat yang kami peroleh mendedahkan pengumuman panggilan semula akan dibuat selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada satu badan agensi kerajaan terlebih dahulu. Ini prosedur biasa.. pihak berkuasa kena tahu dulu, baru boleh hebahkan program recall.

Tujuannya untuk memastikan semua pihak ada data rasmi mengenai sesuatu model dan konfigurasi sebenar motosikal atau skuter berkenaan.

Artikel Berkaitan