MARii: “Program MARiiCas ditutup…. Tidak dibuka untuk sebarang permohonan pada masa ini…”

Masih ada yang bertanya tentang status program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

Persoalan berbangkit selepas ada kedai motosikal membuat iklan dan hantaran di media sosial mengenai rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik atau motosikal elektrik.

Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) mengeluarkan satu memo menjelaskan keadaan semasa tentang MARiiCas dengan menyatakan:

“Pihak MARii mengambil maklum mengenai maklumat yang sedang tular di media sosial berhubung dakwaan pembukaan semula program rebat MARiiCas.

“Program MARiiCas telah ditutup dan tidak dibuka untuk sebarang permohonan pada masa ini.”

Memo tersebut mendukung maksud mesej sama atau hampir sama dengan kenyataan yang disiarkan di laman media sosial MARii pada 29 Ogos 2025 dengan menyatakan:

“Permohonan bagi MARiiCas bagi tahun 2025 telah ditutup sementara. Kerja-kerja penyelenggaraan laman sesawang MARiiCas kini sedang berlangsung.

“Nantikan pengumuman daripada media sosial rasmi kami.”

Memo bertarikh 29 Ogos 2025 itu dikeluarkan selepas poster dan promosi dibuat MARii mengenai program itu pada 1 Ogos 2025 iaitu:

Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik!

“Nak motosikal elektrik dengan rebat hebat? Pastikan anda pilih jenama yang BERDAFTAR di bawah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCAS).

“Pastikan jenama yang sah & tersenarai! untuk layak mohon rebat RM2,400”

Kesan Positif Program MARiiCas

Program rebat MARiiCas itu membawa kesan positif dalam membantu pengguna beralih kepada penggunaan (pemilikan) motosikal dan skuter elektrik.

Boleh rujuk statistik jualan skuter dan motosikal elektrik sepanjang tahun lalu oleh pihak Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM).

PPMEM juga mendakwa pihaknya ada membuat permohonan dan mengemukakan rayuan supaya program rebat berkenaan diteruskan.

Laporan dan permintaan serta pandangan pemain industri ada kami laporkan sebelum ini, boleh rujuk artikel di bawah:

PPMEM juga ada membuat dua perkongsian di Facebook mereka. Pertamanya bertarikh 4 Mac 2026 dengan mesej ini:

“Berita terkini mengenai Skim Penggalakan Mariicas — jika Ministry of Investment, Trade and Industry Malaysia (MITI) tidak memberikan maklum balas mengenai sub-bajet sebelum atau pada 26/3/2026,kami akan menganggap skim ini akan dihentikan.
Namun begitu, kami masih percaya bahawa Skim Penggalakan ini wajar diteruskan demi memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah serta menyokong sinergi GO GREEN di Malaysia”

Perkongsian kedua ringkas:

Masih Ada Harapan Rebat RM2,400?

Adakah program MARiiCas ini benar-benar sudah ditamatkan sepenuhnya atau batal? Atau akan diperkenalkan semula memandangkan harga bahan api semakin meningkat setiap minggu susulan konflik di Timur Tengah?

Walapun belum ada pengumuman rasmi bahawa program rebat MARiiCas sudah dibatalkan atau dihentikan sepenuhnya, pengguna masih ada peluang membeli skuter elektrik dengan rebat sehingga RM2,400…. tetapi ini hanya menerusi program Mforce.Cas iaitu satu inisiatif terbaharu daripada pihak Mforce Bike Holdings (Mforce).

ARTIKEL BERKAITAN SKUTER EV