
Nampaknya, ada varian skuter baharu MODA Sporter S edisi 2026 akan masuk pasaran Malaysia tak lama lagi.
Ini berikutan ada beberapa pengedar sudah mula memuat naik gambar pelbagai sudut dan video skuter MODA Sporter S terbaharu dengan hebahan tempahan kini dibuka!

Berdasarkan perkongsian para pengedar, skuter MODA Sporter S (2026) nampaknya sudah beberapa mendapat kemajuan dan ciri terkini.
Antaranya ialah penghadang angin (windshield) jenis elektronik, ada kamera dashcam depan, cermin sisi ikat pada bar hendal, ada winglet, meter jenis TFT dan talaan semula sistem absober belakang.
Gambar-gambar yang bertaburan di Facebook menunjukkan ada dua warna MODA Sporter S edisi 2026 dan ada pula elemen karbon pada skuter tersebut. Ini membabitkan winglet dan madgad depan.
Rasanya, enjin digunakan sama seperti skuter Sporter S V1. Mungkin juga ada varian siap dengan kotak simpanan belakang (top box).
Apa pun, kita tunggu sahaja pengumuman MODA Malaysia tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan MODA
- Pengedar jual skuter MODA Sporter S Final Edition (2026), warna kuning terhad 600 unit?
- MODA Aero E (2025) lancar dengan harga badan RM5,189, ada 2 warna pilihan
- MODA Moca (2025): Skuter kecil 110cc gaya retro, harga badan RM3,988
- MODA Motorcycle akan lancar satu lagi skuter minggu ini, model gayaan retro?
- MODA Shifter 400X dilancarkan dengan 2 warna, harga badan dari RM23,888








