WMOTO Nexy+ 180 (2026) dapat 4 ciri baharu, harga badan RM9,288

Semasa Mforce Bike Holdings (Mforce) memperkenalkan skuter Nexy+ pada Oktober lalu, ada sebilangan perminat membangkitkan satu pertanyaan.

“Kenapa tak ada tambahan lampu (macam lampu kabus) macam model asal Taige di China?”

Apa yang baharu?

Nampaknya Mforce ambil tahu apa dibangkitkan pengguna dan umumkan WMOTO Nexy+ 180 versi dipertingkat (2026). Model ini ada empat ciri tambahan terkini iaitu:

  • Ada lampu tambahan suluhan rendah (low beam auxiliary light).
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
  • Ada lampu alu-aluan bawah skuter.
  • Ada perehat belakang.

Harga naik?

Harga bada untuk WMOTO Nexy+ 180 (2026) ialah RM9,288, ada kenaikan RM300 berbanding model versi pertama tahun 2025 (RM8,988).

4 warna pilihan

WMOTO Nexy+ 180 (2026) ada empat warna pilihan sama seperti sebelum ini iaitu hitam (Midnight Black), kelabu (Nardo Grey), biru (Magic Blue) dan putih (Xtreme White).

Spesifikasi NEXY+ 180 2026

  • Enjin 4 lejang satu silinder 174cc SOHC, 4 injap dengan sistem penyejukan cecair (liquid cooled).
  • Gerek x lejang 61mm x 59.6mm.
  • Kuasa maksimum 13.6kw (18.2hp) @ 8,500rpm
  • Tork puncak 17.2Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi CVT dengan pacuan tali sawat
  • Ada sistem kemasukan kekunci pintar
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control – TCS) yang boleh dipadamkan.
  • Brek depan cakera tunggal 260mm kaliper 4 piston.
  • Brek belakang cakera 220mm kaliper 1 piston
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
  • Tayar depan 110/70 – 14, tayar belakang 130/70 – 13
  • Meter jenis TFT berwarna 6 inci berwarna
  • 8 liter
  • Panjang: 1,970mm
  • Lebar: 770mm
  • Tinggi: 1,150mm
  • Jarak dari bumi: 150mm
  • Jarak antara roda: 1,315mm
  • Ketinggian pelana 765mm
  • Berat kasar 142kg

Artikel Berkaitan

Video Pelancaran WMOTO Nexy 180+

Galeri Gambar WMoto Nexy+ 180 (2026)