Lebih 10,000 unit motor/skuter EV didaftarkan tahun 2025, apa status MARiiCas?

Jumlah pendaftaran skuter dan motosikal elektrik di Malaysia melepasi paras 10,000 unit untuk tahun 2025, dengan trend peningkatan lebih ketara pada separuh kedua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, jumlah pskuter dan motosikal elektrik yang didaftarkan tahun lalu iaitu 10,718 unit. Jadual di bawah menunjukkan pecahan pendaftaran mengikut bulan:

Data di atas ialah data JPJ yang diperoleh daripada Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM).

Jika diimbas kembali perkembangan tahun lalu, skim insentif galakan pembelian motosikal dan skuter iaitu MARiiCas sudah dihentikan secara ‘senyap’ sebelum bulan Oktober lalu.

Memo yang dikeluarkan pun tidak menyatakan secara jelas penamatan skim tersebut sebaliknya memaklumkan permohonan sudah ditutup.

Tak dinafikan ada kemungkinan skim MARiiCas boleh disambung tetapi itu tertakluk kepada keputusan pihak Kementerian Kewangan. Boleh baca di sini: MARiiCas Kementerian Kewangan.

Adakah skim MARiiCas dengan rebat RM2,400 akan dikembalikan untuk tahun 2026? Atau ada perubahan kadar insentif baharu dari Kerajaan?

ARTIKEL BERKAITAN