
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengambil inisiatif sendiri untuk memperkenalkan satu program pemberian rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik.
Program yang dinamakan sebagai Mforce.Cas itu bertujuan menggalakkan dan memudahkan lebih ramai pengguna membeli dan menggunakan skuter elektrik.
Program ini sudah tentunya memberi kelegaan kepada mereka yang bercadang membeli, memiliki atau beralih kepada mobiliti lebih mesra alam selepas penutupan permohonan program MARiiCas oleh MARii.
Apa yang menarik tentang program Mforce.Cas ialah inisiatif itu ditawarkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang pengguna.

Program Mforce.Cas sampai bila?
- Program Mforce.Cas dijangka berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula hari ini iaitu 1 April 2026 sehingga 30 Jun 2026.
- Perlu diingatkan, ini juga tertakluk kepada stok tersedia ada.
Produk lulus dan Patuh Piawaian
- Semua skuter elektrik yang ditawarkan di bawah program ini adalah model yang sudah mendapat kelulusan dan memperoleh Vehicle Type Approval (VTA) daripada Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Rebat RM2,400 Mforce.Cas untuk model apa?
Program Mforce.Cas ini hanya untuk produk skuter elektrik di bawah jenama edaran Mforce di Malaysia.

Ada empat jenama tersenarai dalam program ini iaitu EZI, ZEEHO, YADEA dan QJMOTOR. Pecahan model mengikut 4 jenama ini adalah seperti berikut:
YADEA
ZEEHO
- ZEEHO AE4
- ZEEHO AE8
QJMOTOR
EZI
Cara mohon Program Mforce.Cas

- Layari laman web rasmi di https://mforcecas.my.
- Daftar akaun menggunakan emel yang sah.
- Sahkan akaun melalui pautan verifikasi.
- Lengkapkan maklumat peribadi.
- Terima kelulusan dalam tempoh 24 jam.
- Terima kod QR sebagai bukti kelulusan.
- Gunakan kod QR di pengedar sah untuk pembelian.





