Ada dua lagi model ZEEHO akan masuk ke Malaysia tak lama lagi dengan satunya skuter elektrik ZEEHO AE6 dan motosikal elektrik CITY Sport.
Sekarang, ZEEHO ada dua skuter elektrik untuk Malaysia iaitu ZEEHO AE4 dan AE8S+. Jadi skuter AE6 akan mengisi ruang antara AE4 (skuter asas) dan AE8S+ (skuter premium).
ZEEHO AE4 dilancarkan hampir empat bulan lalu iaitu September 2024 di Kajang (Selangor) dengan harga badan RM6,999 dan AE8S+ diperkenal di Johor Bahru (Johor) Disember 2024 dengan harga asas RM18,888.
Dua model akan datang itu pernah ditayangkan di Malaysia Autoshow 2024 dan sedang disiarkan di web Zeehoev.my.
Cuma tak ada data perincian atau spesifikasi ZEEHO AE6 dan ZEEHO City Sport disiarkan. Mungkin 2025 ialah tahun kita dapat saksikan kedatangan dua lagi model ZEEHO?