QJMOTOR SRV 200 MT (2026): Cruiser ketiga siri SRV lancar di Indonesia, anggaran harga RM7,815

QJMOTOR SRV 200 MT (2026) ialah motosikal cruiser terbaharu diperkenalkan di Indonesia. Harga yang diumumkan ialah 32.99 juta rupiah (anggaran RM7,815).

Ini adalah model keempat dalam siri SRV di negara republik itu selepas model terbesar SRV 600 V dan dua cruiser suku liter iaitu SRV 250 Libero dan SRV 250 AMT.

Pilihan warna ditawarkan ada tiga iaitu oren, koko lembut dan hitam. Perbezaan warna setiap model adalah pada bahagian tangki minyaknya.

Perincian QJMOTOR SRV 200 MT (2026) di Indonesia

  • Enjin satu silinder 197cc OHV 2-injap dengan sistem sejukan udara/minyak dan menggunakan sistem suntikan bahan api.
  • Output kuasa 12.7hp @ 7,200rpm dan tork 13.9Nm @ 6,000rpm.
  • Kotak gear manual 5 kelajuan dengan pacuan akhir jenis rantai.
  • Sistem menghidupkan enjin menggunakan butang pemula, tiada penendang kaki (kick start).
  • Fork teleskopik biasa, sistem absober berkembar untuk bahagian belakang.
  • Tayar depan 90/90 – 17.
  • Tayar belakang 130/90 – 15.
  • Brek cakera depan 280mm.
  • Brek cakera belakang 240mm.
  • Panjang 2,120mm.
  • Lebar 825mm.
  • Tinggi 1,050mm.
  • Jarak roda 1,445mm.
  • Tinggi tempat duduk 720mm.
  • Jarak bumi 140mm.
  • Berat kasar 152kg.
  • Tangki minyak 14.7 liter.