Program Mforce.Cas sambung 3 bulan lagi, insentif rebat RM2,400 masih ada

Mforce Bike Holdings (Mforce) mengambil keputusan untuk melanjutkan lagi tempoh kempen Mforce.Cas yang menawarkan insentif rebat sebanyak RM2,400 untuk pembelian skuter elektrik.

Inisiatif pertama untuk pemberian insentif rebat tersebut dibuat selama tiga bulan bermula 1 April sehingga 30 Jun 2026. Langkah ini diambil selepas penutupan permohonan program MARiiCas oleh MARii.

Lanjutan pertama kempen dibuat selama dua minggu bermula 1 sehingga 15 Julai 2026 dan melanjutan tempoh kempen selama dua minggu lagi (16 hingga 31 Julai 2026).

Terbaharu, Mforce menerusi media sosial mengumumkan mereka akan melanjutkan kempen sama selama tiga bulan iaitu 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2026.

Ini bermaksud, program Mforce.Cas berlangsung selama 7 bulan iaitu bermula 1 April 2026 sehingga 31 Oktober 2026.

Pun begitu, Mforce mengingatkan pengguna bahawa tawaran rebat ini tertakluk kepada stok sedia ada. Permohonan boleh dibuat melalui laman web: Mforce.Cas

Perlu diketahui bahawa insentif ini hanya untuk skuter elektrik bawah edaran Mforce dan membabtikan tiga jenama kali ini iaitu YADEA, QJMOTOR dan ZEEHO.

Berikut ialah model tersenarai dalam program Mforce.Cas kali ini: