Suzuki V-Strom 250 (2026) keluaran kilang China lancar di Jepun, harga 685,300 yen

Suzuki V-Strom 250 edisi 2026 sudah mula dijual di Jepun tetapi nampaknya, harga sekarang lebih mahal berbanding model sebelum ini.

Model terbaharu V-Strom 250 (2026) dijual dengan harga 685,300 yen (anggaran RM17,108) iaitu lebih mahal 16,500 yen (anggaran RM412).

Sekadar tambahan info, model di Malaysia ialah V-Strom 250SX jenis enjin satu silinder.

Stok Suzuki V-Strom 250 (2026) yang dijual di Jepun adalah diimport dari China iaitu produk buatan kilang Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co Ltd.

Untuk tahun 2026, perubahan paling besar ialah penggunaan lampu depan LED berbentuk bulat dengan susunan projektor secara bertingkat mengikut trend model-model sport mereka.

Ada lampu DRL yang diposisikan di sebelah kiri dan kanan lampu utama. Lampu signal kekal jenis mentol halogen.

Pilihan warna disediakan ada empat iaitu hitam kuning, merah hitam, hitam kusam dan hitam putih.

Ini perincian Suzuki V-Strom 250 (2026) di Jepun:

  • Enjin 2 silinder 248cc SOHC 2-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Kuasa maksimum: 18kW @ 8,000rpm
  • Tork puncak: 22Nm @ 6,500rpm
  • Kotak gear manual 6 kelajuan
  • Panjang 2,150mm, lebar 880mm dan tinggi 1,295mm
  • Jarak roda: 1,425mm
  • Jarak bumi: 160mm
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Berat: 191kg
  • Tangki minyak 17 liter
  • Brek cakera depan dan belakang, ada Sistem Brek ABS dwi-saluran
  • Tayar depan: 110/80-17
  • Tayar belakang: 140/70-17

Artikel Berkaitan