
Selain VOGE DS800 X Rally (2026), Mforce Bike Holdings (Mforce) juga meluaskan pilihan model adventure touring dengan pelancaran VOGE DS625X sempena Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026.
Harga VOGE DS625X (2026)
Harga badan VOGE DS625X (2026) ialah RM35,888 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Warna VOGE DS625X (2026)

VOGE DS625X (2026) didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Sand Yellow (kuning) dan Stealth Black (hitam).

Spesifikasi VOGE DS625X (2026)
- Enjin 2-silinder 581cc DOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa dijana ialah 47kW (63hp) @ 9,000rpm dan tork puncak 57Nm @ 6,500rpm.
- Kotak gear jenis manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi membabitkan fork terbalik (upside down – USD) dan monoshock boleh laras di belakang.
- Sistem henti merangkumi brek cakera kembar untuk roda depan dan cakera tunggal di belakang.
- Motosikal ini ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
- Rim jejari 19 inci di depan dibalut tayar 110/80. Rim belakang 17 inci dengan tayar saiz 150/70
- Instrumen meter LCD.
- Saiz VOGE DS625X ialah 2,230mm panjang, 860mm lebar dan 1,390mm tinggi.
- Berat motosikal cuma 191kg. Tinggi tempat duduk pula 835mm dengan jarak bumi 220mm.
- Tangki petrol boleh tampung sehingga 17.6 liter petrol.
- Dilengkapi set kotak simpanan (dua kotak sisi dan satu kotak atas).
- Dua mode disediakan iaitu ECO dan Sport.
Laporan Berkaitan
- VOGE DS800X Rally akan hadir di Malaysia Bike Show 2026?
- 4 model motosikal VOGE baharu akan diperkenalkan dari tahun 2025
























