
VOGE DS800 X Rally (2026) ialah motosikal adventure touring terbaharu dilancarkan Mforce Bike Holdings sempena Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026.
Harga VOGE DS800 X Rally (2026)

Harga badan VOGE DS800 X Rally (2026) ialah RM39,888 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Warna VOGE DS800 X Rally (2026)

VOGE DS800 X Rally (2026) didatangkan dengan 3 warna pilihan iaitu Zenith White (putih), Flash Yellow (kuning) dan Onxy Black (hitam).

Spesifikasi VOGE DS800 X Rally (2026)
- Enjin 2-silinder 798cc DOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa dijana ialah 70kW (93.8hp) @ 9,000rpm dan tork puncak 81Nm @ 6,500rpm.
- Kotak gear jenis manual 6-kelajuan.
- Sistem suspensi membabitkan fork terbalik (upside down – USD) KYB boleh laras (depan) dan monoshock KYB boleh laras di belakang.
- Sistem henti merangkumi brek cakera kembar untuk roda depan dan cakera tunggal di belakang.
- Motosikal ini ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan-belakang, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).
- Rim jejari 21 inci di depan dibalut tayar 90/90. Rim belakang 18 inci dengan tayar saiz 150/70
- Instrumen meter 7 inci digital TFT berwarna. Sistem pencahayaan membabitkan lampu LED sepenuhnya.
- Saiz VOGE DS800X Rally ialah 2,390mm panjang, 860mm lebar dan 1,399mm tinggi.
- Berat motosikal cuma 213kg. Tinggi tempat duduk pula 850mm dengan jarak bumi 220mm.
- Tangki petrol boleh tampung sehingga 24 liter petrol.
- Ada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dipadamkan.
- Sistem lampu LED penuh.
- Ada dashcam depan.
- Dilengkapi set kotak simpanan (dua kotak sisi dan satu kotak atas).
- Ada ciri pemanas tangan dan tempat duduk.
- Dua mode disediakan iaitu ECO dan Sport.
Laporan Berkaitan
- VOGE DS800X Rally akan hadir di Malaysia Bike Show 2026?
- 4 model motosikal VOGE baharu akan diperkenalkan dari tahun 2025

















