Ada empat model motosikal baru jenama VOGE akan diperkenalkan ke pasaran dunia tahun ini – kalau semua perancangan mereka berjalan dengan lancar.
Maklumat yang kami terima ialah VOGE akan menampilkan siri motosikal dalam dua kategori baru iaitu 500cc dan 625cc.
Tidak terhenti di situ, motosikal VOGE kelas 800cc juga akan dapat satu lagi model model adventure (Multi Touring) baru.
Sebelum senaraikan model-model baru VOGE yang akan dihasilkan, kita tengok dulu segmen dan produk VOGE yang ada di Malaysia dan China.
DiĀ Malaysia, VOGE sudah menembusi tiga segmen bermula dengan pelancaran supermoped VOGE FR150 Formica Rossa dan VOGE CU525 pada tahun 2023. Model VOGE DS900X pula lancar baru-baru ini.
MODEL AKAN DATANG VOGE
Kalau ikutkan informasi kami dapat, VOGE akan memperkenalkan sehingga empat model tahun ini. Mungkin ada model yang sudah ditunjukkan sebelum ini dan inilah senarainya:
- Sportbike VOGE RR500S
- Naked bike VOGE R625
- Multi Touring VOGE DS800X Rally dan DS625X
- Cruiser VOGE DS625V