Cyclone RT250: Skuter maxi lancar di China dengan 2 varian, ada ABS, TCS, dashcam dan sistem pengesan Titik Buta

Zonsen (atau Zongshen) sudah mengumumkan tawaran skuter maxi Cyclone RT2S edisi 2026 di China sejak Ogos 2025.

Di sana, model tersebut menggunakan nama Cyclone RT250 dan didatangkan dengan dua varian pilihan iaitu Sport dan Smart.

Sport boleh dikatakan versi asas manakala Smart pula adalah varian tertinggi. Ini senarai harga di China:

  • Sport: 14,999 yuan
  • Smart: 16,999 yuan

Skuter Zonsen Cyclone RT250 ini dianggap sebagai model yang membawa perubahan pintar untuk kategori skuter bandar. RT250 ini dilihat sebagai model pelengkap kepada Cyclone RT5.

Zonsen Cyclone RT250 disasarkan kepada penunggang muda untuk kegunaan harian di kawasan bandar dan tunggangan konvoi hujung minggu. RT5 pula adalah untuk penunggang yang gemar kembara jarak jauh dengan tunggangan lebih selesa.

Perincian Cyclone RT250 di China

Cyclone RT250 SportCyclone RT250 Smart
Enjin1 silinder1 silinder
Kapasiti247cc247cc
Kuasa maksimum19.5kW @ 8,500rpm (26.15hp)19.5kW @ 8,500rpm (26.15hp)
Tork maksimum24.5Nm @ 6,500rpm24.5Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke--
Nisbah mampatan--
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearCVT automatikCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasaFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembarabsorber kembar
Tayar depan110/80 - 14110/80 - 14
Tayar belakang140/60 - 13140/60 - 13
Brek depanCakera 270mmCakera 270mm
Brek belakangCakera 220mmCakera 220mm
Panjang2,100mm2,100mm
Lebar790mm790mm
Tinggi1,398mm1,398mm
Jarak dari bumi135mm135mm
Jarak roda1,400mm1,400mm
Tinggi tempat duduk750mm750mm
Tangki minyak12.6 liter12.6 liter
Berat171kg171kg
Bonus- Meter digital LCD
- Ada brek ABS depan belakang
- Ada Kawalan Cengkaman
- Meter digital TFT
- Ada brek ABS depan belakang
- Ada Kawalan Cengkaman
- Latar pencahayaan untuk butang kawalan konsol
- Ada kamera dashcam
- Pemantau Titik Buta (ada radar milimeter)