Aveta Viper 180 (2026): Skuter gayaan sport kelas 180cc masuk pasaran Malaysia

Selepas pengenalan Aveta Bellagio 125, Aveta Motor Malaysia turut melancarkan skuter kedua terbaharu mereka untuk tahun 2026 iaitu Aveta Viper 180 edisi 2026.

Berdasarkan pengumuman dibuat, stok pertama untuk Aveta Viper 180 dikatakan sudah habis diedarkan kepada rangkaian pengedar Aveta di seluruh negara.

Warna Aveta Viper 180

Aveta Viper 180 didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Artic White (putih), Storm Grey (kelabu) dan Midnight Black (hitam).

Harga Aveta Viper 180

Aveta Viper 180 ditawarkan pada harga badan RM8,998 seunit tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ciri menarik Aveta Viper 180

Ada lapan ciri menarik didatangkan bersama skuter Aveta Viper 180 iaitu:

  • Instrumen meter berwarna digital penuh TFT 7 inci jenis sesentuh
  • Ada kamera dashcam depan
  • Bar hendal boleh laras
  • Soket USB Type A dan Type C
  • Tangki minyak 10.5 liter
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem pencahayaan LED penuh

Spesifikasi Aveta Viper 180

Aveta Viper 180
Enjin1 silinder, 4-injap, SOHC
Kapasiti174cc
Kuasa maksimum13.6kW @ 8,500rpm (18.2hp)
Tork maksimum17.2Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke61mm x 59.6mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber berkembar
Tayar depan110/70 - 14
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera tunggal
Brek belakangCakera tunggal
Panjang1,985mm
Lebar770mm
Tinggi1,180mm
Jarak dari bumi140mm
Jarak roda1,375mm
Tinggi tempat duduk770mm
Tangki minyak10.5 liter
Berat kasar127kg
Bonus- Ada USB Type A dan Type C
- Lampu LED penuh
- Meter TFT berwarna 7 inci jenis sesentuh
- Ada kamera dashcam depan
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)

Galeri gambar Aveta Viper 180