
Tahukah anda, Aveta Motor Malaysia (Aveta Malaysia) melancarkan lima model NOVA dalam tempoh 15 bulan?
Model yang kami maksudkan ini ialah Aveta NOVA 125, NOVA 160, NOVA 160 SE, NOVA 250 dan terbaharu NOVA 200.
Bila NOVA Dilancarkan?
- NOVA 160 Standard: Februari 2025
- NOVA 125: Februari 2025
- NOVA 250: Oktober 2025
- NOVA 160 SE: Oktober 2025
- NOVA 160 SE: Januari 2026 (warna baharu)
- NOVA 200: April 2026
Malah siri NOVA nampaknya mewakili 50 peratus daripada keseluruhan rangkaian model skuter yang ditawarkan Aveta Malaysia (5 daripada 10 skuter).
Adakah ini petanda NOVA ialah siri skuter paling laris untuk Aveta Malaysia?
Semasa Aveta Malaysia mengumumkan tawaran NOVA 160 SE (Signature Edition), kami mula merasakan seolah-olah SE akan menjejaskan jualan NOVA 160 standard kerana SE ada tiga ciri tambahan. Harga pun tak banyak beza.
Perbezaan Harga NOVA 160
- NOVA 160 (2025) standard: RM7,988
- NOVA 160 SE: RM8,388 (pernah dijual dengan harga promosi RM8,088)
Muncul Pula Aveta NOVA 200
Semasa Aveta NOVA 160 SE baru berusia enam bulan di pasaran tempatan, Aveta Malaysia melancarkan model NOVA 200 (2026) dengan harga badan RM8,488.
Kali ini, jurang harga lagi rapat iaitu hanya beza RM100 dengan NOVA 160 SE.
Kalau melihat perbandingan harga tiga siri NOVA di bawah, kami merasakan Aveta Malaysia akan menghentikan tawaran sekurang-kurangnya satu model dalam siri NOVA tidak lama lagi.
- NOVA 160 (2025): RM7,988
- NOVA 160 SE (2026): RM8,388
- NOVA 200 (2026): RM8,488
Model yang dijangka dihentikan tawaran ialah NOVA 160 SE jika dilihat pada faktor harga dan ciri. Orang kuat Aveta Malaysia mengatakan NOVA 200 adalah produk hasil maklum balas pelanggan mereka.
Bila ada produk dipertingkat atau model lebih baharu dengan perbezaan harga kecil, secara logiknya model lama itu ada potensi besar ditamatkan jualan. Itulah NOVA 160 SE. Tapi, ini cuma pandangan kami… kena tunggu pengumuman rasmi Aveta Malaysia nanti.
Perincian & Spesifikasi NOVA 200
- Ada tiga warna: Neon Pulse, Nano Grey dan Nordic Blue
- Enjin satu silinder 183.3cc SOHC
- Kuasa: 13.5kW (18.1hp)
- Tork: 17.6Nm
- Brek cakera depan belakang ada sistem ABS dan TCS.
- Absober belakang boleh laras.
- Tempat duduk dapat penyokong belakang badan.
- Sistem keyless.
- Ada Idling Stop System (ISS)
- Tangki minyak 10 liter
- Berat hanya 112kg
- Rim 14 inci (tayar depan 100/80, tayar belakang 120/70)
- Ada winglet
- Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu DRL (pencahayaan progresif – dinamik)




































