Viral gambar 2 warna Aveta NOVA 250 (2025), jadi lancar November ini?

aveta nova 250 (2025)

Makin ramai wakil-wakil kedai motor semakin rancak membuat hebahan di media sosial berhubung promosi pengambilan tempahan awal untuk skuter Aveta NOVA 250 (2025).

Model ini sudah dipertonton beberapa kali dan akhirnya, timbul beberapa keping gambar menunjukkan ada dua warna pilihan untuk Aveta NOVA 250 iaitu hijau dan kelabu.

Jika benar semua maklumat yang ada, Aveta akan memiliki siri skuter terbesar mereka di bawah label NOVA iaitu tiga model. Dua model sudah diperkenalkan ialah NOVA 125 dan NOVA 160.

Dan untuk skuter 250cc jenama Aveta, akan ada dua iaitu Vanguard dan model NOVA 250.

Pada masa sama, kami merasakan Aveta akan melancarkan satu lagi skuter 150cc tidak lama lagi. Sudah ada beberapa petunjuk ke arah langkah itu tetapi kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak Aveta Motor Malaysia …..

LAPORAN BERKAITAN AVETA