Aveta Motor Malaysia kembali menghangatkan lagi saingan segmen skuter di Malaysia dengan satu mesej terbaru iaitu:
“๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ ๐ฌ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐ง๐๐. ๐๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐๐ก๐ฎ ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ง๐๐ ๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ.”
“Sebuah jentera yang ringan, lincah, dan cukup berkuasa, khas untuk anda yang perlu bergerak pantas, walaupun dalam kesibukan jalan raya di bandar. Bersedialahโฆ sesuatu yang baharu bakal tiba.”
Gambar yang dikongsi di Facebook menunjukkan bahagian sisi sebuah skuter tetapi ia tidak kelihatan seperti Aveta NOVA 250 (gambar bawah) yang pernah dikhabarkan akan lancar November ini.

Mungkin Aveta Motor Malaysia bercadang menguatkan persaingan dalam segmen skuter 150cc hingga 200cc tempatan dengan tambahan satu lagi model baru?
Pandangan ini disandarkan kepada mesej kedua dalam gambar poster promosi Aveta iaitu Nikmati Kelancaran Dalam Bandar.
Aveta Motor Malaysia sudah ada model Aveta NOVA 160 dan Aveta VADV V2 dalam kategori ini. Apa agaknya yang akan Aveta tampilkan nanti?
Sementara itu, kami kongsikan koleksi gambar Aveta NOVA 250 yang sedang dinantikan ramai peminat:

