
MForce Bike Holdings (MForce) akhirnya memperkenalkan supermoped berwajah baru mereka iaitu SYM VF3 185 FI (2025) ke pasaran Malaysia. Harga badan ialah RM9,988 tak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Memang betul, model ini pernah dikesan ada di jalan raya Malaysia semenjak 2023 tapi penangguhan dibuat ada sebab yang amat berbaloi dan tidak menghampakan peminat.
Model ini lewat sedikit tiba di Malaysia kerana MForce mengemukakan cadangan dan menggesa SYM melakukan perubahan untuk memastikan supermoped itu sesuai untuk pasaran Malaysia.
Salah satunya ialah tukar meter asal kepada jenis skrin digital dengan teknologi baru. Apa yang diusul MForce nampaknya sudah menjadi realiti untuk pelanggan Malaysia.
Di bawah ini ada foto menunjukkan apa keunikan SYM VF3 185 FI:
Berhubung pilihan warna, supermoped terbaharu SYM Malaysia ini didatangkan dengan tiga pilihan warna seperti berikut:
- Blue
- Green
- White
SPESIFIKASI SYM VF3 185 FI (2025)
Berikut ialah data teknikal (spesifikasi) supermoped SYM VF3 185 FI di Malaysia:
- Enjin 4 strok silinder tunggal 183cc SOHC dengan suntikan bahan api dan sejukan cecair
- Kuasa maksimum: 14.7 Kw @ 9000rpm
- Tork maksimum: 17.4 Nm @ 7500rpm
- Kotak gear 6 kelajuan klac manual
- Sistem lampu depan, signal, belakang semua LED
- Sistem kunci pintar
- Panjang: 2,000mm
- Lebar: 740mm
- Tinggi: 1,150mm
- Jarak roda: 1,305 mm
- Berat kasar: 135kg
- Fork depan teleskopik
- Absober belakang monoshock
- Saiz tayar depan: 90 / 80- 17
- Saiz tayar belakang: 120 / 70- 17
- Brek cakera depan 250mm dengan brek ABS
- Brek cakera belakang 200mm dengan brek ABS
- Tangki minyak 7 liter

































