Aveta NOVA 250 akan lancar November ini dengan anggaran harga RM16,000?

Skuter AVETA NOVA 250 (2025) sudah dibuka tempahan untuk dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi Arena Motosikal

Ada kejadian sudah mula berlaku dalam segmen skuter 250cc. Para pengedar Aveta rancak ambil tempahan untuk satu model skuter baharu dari kilang Aveta.

Nama skuter ini Aveta NOVA 250. Tak pasti sama ada ini nama rasmi atau nama sementara digunakan sehingga hari peluncuran nanti.

Sekarang, ada dua skuter NOVA dijual di Malaysia iaitu Aveta NOVA 125 dan Aveta NOVA 160. Kedatangan skuter 250cc baru ini akan menjadi model ketiga dalam siri Aveta NOVA.

MAKLUMAT AWAL AVETA NOVA 250

  • Ramai pengedar motor jenama Aveta sudah membuka tempahan awal dengan bayaran serendah RM100 sebagai syarat booking.
  • Katanya skuter akan jadi rebutan bulan November ini. Mungkin Aveta nak adakan majlis peluncuran dulu dengan jumlah stok terhad (peringkat awal).
  • Lepas itu, baru keluarkan lagi banyak stok ke pengedar-pengedar.
  • Ada dua warna mungkin diluncurkan iaitu Kelabu dan Hijau.
  • Anggaran harga badan dikatakan tak lebih RM16,000.

SIAPA PENCABAR AVETA NOVA 250

Satu soalan yang pasti ditanya dan jawapan dia agak panjang memandangkan memang ada macam-macam model skuter 250cc di Malaysia.

Tapi….rasanya skuter Aveta NOVA 250 ini MUNGKIN….MUNGKIN ada banyak persamaan dengan skuter lain dalam segmen sama.

Macam Aveta Vanguard dan MODA Sporter S… boleh tengok gambar ini dan mesti anda tau kan model apa yang guna enjin sebegini…

Skuter AVETA NOVA 250 (2025) sudah dibuka tempahan untuk dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi Arena Motosikal

SPESIFIKASI AVETA NOVA 250 (2025)

Ini adalah data teknikal (spesifikasi) Aveta NOVA 250 (2025):

Aveta NOVA 250
Enjin1 silinder, SOHC
Kapasiti244cc
Kuasa maksimum18kW @ 8,250rpm (24hp)
Tork maksimum24Nm @ 6,000rpm
Bore x Stroke72mm x 49.5mm
Nisbah mampatan11.5 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAutomatik CVT
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar subtangki
Tayar depan120/70 -13
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera
Brek belakangCakera
Panjang1,975mm
Lebar770mm
Tinggi1,243mm
Jarak dari bumi85mm (mungkin ada silap)
Jarak roda1,360mm
Tinggi tempat duduk-
Tangki minyak13 liter
Berat150kg
BonusAda ABS
Meter TFT
Guna sistem keyless

GALERI GAMBAR AVETA NOVA 250