Aveta Malaysia melancarkan cogan kata terbaharu mereka iaitu Redefining Boundaries (Mentakrifkan Semula Sempadan) baru-baru ini.
Cogan kata baharu itu dikatakan membuka lembaran baharu untuk jenama motosikal tempatan itu sambil membolehkannya terus melangkah maju dalam pasaran kenderaan dua roda Malaysia yang kompetitif.

Cogan kata terbaharu ini melambangkan falsafah Aveta bahawa mengatasi kelaziman bukan
sahaja untuk mencetus perubahan tetapi untuk mencapai kemajuan bermakna yang benar-benar dinikmati penunggang.
Falsafah ini mencerminkan momentum jenama yang semakin kukuh, dipacu oleh permintaan pengguna yang meningkat, pencapaian pecah rekod dan rangkaian rakan pengedar serta servis yang semakin luas di seluruh negara.
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim dalam satu kenyataan berkata:
“Pada hari ini, berbekalkan semangat cogan kata baharu kami ‘Redefining Boundaries’. Kami menzahirkan kesungguhan kami dalam bentuk kata-kata hikmat ini.
Bagi kami, ini bermakna mengatasi kelaziman, mendengar maklum balas penunggang dan membekalkan motosikal yang boleh dibanggakan rakyat Malaysia kepada pasaran.
Kami membuka lembaran baharu dalam perjalanan kami sebagai jenama tempatan
terkenal yang berwawasan global.”
Satu perkara yang perlu diakui ialah jenama Aveta melonjak dan semakin popular semenjak kedatangan siri skuter NOVA 125, NOVA 160 dan Vanguard 250.
Aveta juga dikatakan akan melancarkan satu lagi model baru tak lama lagi iaitu motosikal saiz mini yang dipanggil Aveta Marvel 150.
Sebelum ini, Aveta juga ada memperkenalkan motosikal versi supermoped mereka iaitu Aveta SVR 180 berkapasiti 180cc.
Aveta Malaysia membentangkan strategi yang mereka rangka dengan komitmen untu para penunggang Malaysia dengan tumpuan memperkenalkan motosikal yang memenuhi keperluan pengguna, skuter cekap dan bergaya serta motosikal jelajah kembara.
Ekosistem perkhidmatan selepas jualan juga dipertingkat dengan meluaskan rangkaian pusat pengedar, pusat servis dan stokis alat ganti di seluruh negara.
Salah satu inisiatif mereka ialah program Aveta Care on Wheels iaitu khidmat penyelesaian masalah dan pembaikan dari pintu ke pintu untuk masalah yang mungkin tidak dapat diselesaikan pengedar tempatan.

