Taro Rong 250 (Aveta Vanguard 250) versi naik taraf 2025 diperkenalkan di China

Baru enam bulan Aveta Vanguard 250 diluncurkan ke pasaran Malaysia, sudah ada versi naik taraf tahun 2025 diluncurkan di China.

Aveta Vanguard 250 ada kembar seiras di China dengan panggilan nama Rong 250 dan adakala disebut X-SUV atau Ron 250. Nama berlainan tapi berasal datang dari Taro Motor (Tairong Motorcycle).

Taro Rong 250 (atau X-SUV) versi 2025 memang menerima macam-macam perubahan yang amat berbaloi. Ini cukup layak untuk dipanggil model naik taraf. Bukan tukar warna badan saja.

Apa yang baru pada Taro Rong 250 tahun 2025? Kru kami memperincikan semua informasi yang penting di bawah ini:

  • Taro Rong 250 ada tiga versi di China iaitu Play (model standard), Pro (model pertengahan) dan Max (model paling atas).
    • Harga Play: RMB13,980 (RM8,238)
    • Harga Pro: RMB15,980 (RM9,416)
    • Harga Max: RMB16,666 (RM9,820)
  • Tarikh model versi naik taraf diperkenalkan ialah 25 May 2025. Perbezaan varian ialah pada jenis meter, penghadang angin depan, absober dan beberapa ciri lain.
  • Reka bentuk Taro Rong 250 sama macam model 2024. Tak ubah bentuk badan.

taro Rong 250 Aveta vanguard 250

  • Naik taraf pertama ialah skrin meter Rong (2025) baru saiz 7 inci TFT. Meter ini jenis sesentuh (touch screen) kalis hujan dan mesra glove tangan.
  • Meter boleh sambung dengan telefon bimbit dan ada paparan navigasi (3 mode).
  • Siap dengan kamera papan pemuka (dashcam) dan boleh ambil gambar masa nyata (real time) dan video. Ada sokongan operasi telefon Apple (iPhone)
  • Skrin TFT ada paparan maklumat penggunaan petrol, tekanan tayar, rakaman video dan gambar serta navigasi.
  • Mendapat sistem T-BOX (Telematics-Box) generasi keempat.
  • Kotak kawalan butang sebelah kiri bar hendal sudah ditukar jenis konsol butang kawalan multi-fungsi.

  • Siap ada dua butang berasingan untuk padam-aktifkan brek ABS dan juga Traction Control.
  • Penghadang angin (windshield) depan (versi Max) jenis elektronik. Tekan butang untuk naik turun.
  • Kamera dashcam depan bukan lain di penghadang angin. Kamera untuk versi naik taraf (2025) dilekat terus pada panel depan Rong 250.
  • Lampu depan masih LED tapi digandakan kadar pencahayaan supaya jauh lebih terang di kawasan gelap.
  • Tuil brek (brake lever) boleh dilaras 4 peringkat.
  • Kaliper brek dan pad brek juga dinaik taraf. Katanya menambah baik prestasi brek sehingga lebih 40 peratus.
  • Tempat duduk ditambah baik untuk memastikan kusyen lebih lembut dan selesa. Kusyen lebih tirus (kurang lebar) untuk memastikan ergonomik lebih baik.
  • Absober masih jenis tabung tapi varian Max dapat absober boleh laras.
  • Kotak transmisi dan kotak angin mendapat reka bentuk baru.
  • Bar pemegang ditukar kepada jenis siap ada tapak untuk pasang kotak simpan barang (box).
  • Pelindung ekzos lebih panjang untuk lindungi kaki pembonceng.