Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan dua warna baru untuk motosikal Honda CB350RS iaitu Pearl Deep Ground Gray (kelabu) dan Pearl Igneous Black (hitam).
Honda CB350RS dengan warna baru itu sudah mula dijual pada harga badan RM20,500 (tak masuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran) menerusi rangkaian pengedar Honda Big Wing.

SPESIFIKASI HONDA CB350RS
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 348cc OHC dengan sistem sejukan udara (air cooled) dan suntikan bahan api (PGM-FI).
- Gerek x lejang: 70.0mm x 90.5mm
- Nisbah mampatan: 9.5 : 1
- Kuasa maksimum: 15.5 kW @ 5,500 rpm (20.8hp)
- Tork maksimum: 30 N.m @ 3,000 rpm
- Kapasiti minyak enjin: 2.0 liter
- Kotak gear klac manual 5-kelajuan dengan ciri klac Assist & Slipper
- Panjang: 2,171mm
- Lebar: 782mm
- Tinggi: 1,097mm
- Jarak roda: 1,441mm
- Tinggi tempat duduk: 800mm
- Jarak bumi: 168mm
- Berat kasar: 179kg
- Tangki minyak petrol: 15 liter
- Saiz tayar depan: : 100/90 – 19M/C (57H)
- Saiz tayar belakang: 150/70 – 17M/C (69H)
- Brek depan: Cakera tunggal 310mm, ada sistem ABS
- Brek belakang: Cakera 240mm, ada sistem ABS











