Aveta Vanguard 250 yang dilancarkan pada 16 Januari 2025 didatangkan dengan dua pilihan varian – Standard dan Special Edition.
Aveta Vanguard 250 Standard (2025) dijual pada harga asas jualan RM14,888 tak termasuk insurans dan cukai jalan dan hanya satu warna ditawarkan – Nano Grey (kelabu).

Aveta Vanguard 250 Special Edition (2025) dengan harga asas RM16,388 tapi ada dua warna untuk dipilih – Majestic Green (hijau) dan Titanium Grey (kelabu perang).
Syarikat Aveta Malaysia membuat pengumuman 200 pembeli pertama skuter Vanguard 250 dapat menikmati harga promosi seperti ini:
- Standard: RM14,488
- Special Edition: RM15,988
Promosi ini ada had waktunya iaitu untuk 200 pembeli awal saja. 200 unit ini membabtikan campuran varian Aveta Vanguard 250 SE dan Standard.
Aveta Malaysia mengatakan platform enjin untuk Aveta Vanguard 250 adalah sama seperti platform enjin Piaggio (mungkin Aprilia Nexus 250) dan Vanguard 250 mencipta definisi baru untuk segmen ATC (Adventure-Touring-Crossover).
DATA PERINCIAN AVETA VANGUARD 2025 (SPESIFIKASI)
- Enjin: 4 strok satu silinder SOHC penyejukan cecair 4-injap dan guna sistem suntikan bahan api Bosch.
- Kapasiti: 244.2cc
- Gerek x lejang: 72mm x 60mm
- Kuasa maksimum: 24.8hp (18.5kW) @ 8,500rpm
- Tork maksimum: 22.5Nm @ 6,500rpm
- Transmisi: CVT automatik, tali sawat
- Penghidup enjin: butang elektrikal
- Panjang: 2,120mm, lebar 790mm dan tinggi 1,345mm
- Jarak antara roda: 1,535mm
- Tinggi tempat duduk: 780mm
- Jarak dari bumi: 160mm
- Berat kasar: 177kg
- Kapasiti tangki minyak: 13 liter
BEZA: VANGUARD SE – VANGUARD STANDARD
Dengan harga RM1,500 lebih mahal dari varian Standard, sudah tentu Vanguard SE ada beberapa benda berbeza untuk tambahan nilai itu. Mari kita tengok satu per satu.
- Vanguard SE gunakan fork hidraulik biasa sama macam Standard tapi saiznya lebih besar iaitu 37mm. Fork Standard diameter berukuran 33mm.
- Vanguard SE guna absober belakang yang ada gas shocked (tong atau tabung). Model Standard juga ada spring.
- Vanguard SE dapat brek kaliper depan jenis opposed 4-piston tapi Standard guna kaliper floating.
- Aveta Vanguard 250 ada Sistem ABS dan TCS (Traction Control) dan hanya skuter SE boleh dipadamkan TCS.
- Vanguard SE dapat meter 7 inci TFT dan boleh diubah setting dalaman. Vanguard Standard pakai meter LCD dan tak boleh ubah apa-apa setting skuter.
- Vanguard SE lengkap dengan rim depan-belakang 15 inci tayar 120/70 dan 14 inci tayar 140/60. Versi Vanguard 250 Standard guna rim lebih kecil dengan saiz depanĀ 14 inci tayar 120/70 dan belakang 13 inci tayar 140/60.
- Hab skru batang shaft (axle) rim depan Vanguard SE jenis tenggelam berbeza dengan hab skru Standard jenis timbul.
- Vanguard SE menggunakan unit kamera papan pemuka (dashcam) depan dan tidak disediakan untuk versi Standard.














































