LS2 Phoenix Air: Jaket keselamatan motosikal lebih mesra penunggang Malaysia

Jaket kedua diperkenalkan oleh LS2 Global ialah LS2 Phoenix Air, satu lagi baju keselamatan tunggangan yang difokuskan untuk penggemar kembara (touring).

Tiada harga rasmi diumumkan, begitu juga dengan saiz pilihan serta bila tarikh pelancaran rasmi. Apa yang pasti, jaket mesh ini akan ditawarkan untuk kegunaan wanita dan lelaki.

Sepanjang pembentangan dibuat, rumusan yang dapat dibuat ialah jaket LS2 Phoenix Air:

  • Direka untuk penggemar aktiviti kembara (touring)
  • Menekankan aspek keselesaan, pergerakan dan perlindungan
  • Memperkukuhkan ciri keselamatan untuk tunggangan jarak jauh
  • Sesuai digunakan untuk tunggangan di kawasan suhu panas

Jaket ini jenis dua lapisan membabitkan lapisan baju membran Sheltex. Boleh sarung atas jaket atau pakai di dalam jaket.

Jaket yang memenuhi standaard piawaian CE Class AA ini juga ada beberapa ciri menarik lain seperti beg pinggang boleh tanggal, poket kalis air, 4 tahap penyelarasan (2 di lengan, pergelangan tangan dan pinggang) serta sembilan bahagian pantulan cahaya.

Berikut ialah pilihan warna untuk jaket LS2 Phoenix Air:

Artikel Berkaitan