LS2 jenama aksesori dan pakaian keselamatan tunggangan motosikal semakin laris di Malaysia?

Adakah LS2 semakin popular di Malaysia?

Jenama topi keledar, pakaian keselamatan tunggangan dan aksesori dari China ini sudah lama ada di Malaysia. Dan baru-baru ini… mereka cipta satu sejarah baharu.

LS2 Malaysia capai kenaikan jualan sebanyak 58 peratus untuk tempoh Julai 2025 hingga Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

LS2 Malaysia turut menyatakan:

“…menjadi pencapaian pertumbuhan tertinggi dan terbaik dalam sejarah kami.”

Persoalan sekarang, macam mana LS2 Malaysia boleh catat pertumbuhan kenaikan jualan secara mendadak?

Apa yang akan nyatakan dibawa ini adalah pandangan dan pengamatan kami:

  • LS2 Malaysia bertindak lebih aktif. Lebih terbuka dan tahu saluran betul mengetengahkan produk mereka. Sebelum ini, banyak produk baharu tidak dihebahkan kepada umum atau dipromosikan. Hantar ke kedai pengedar dan jual sahaja.
  • LS2 Malaysia pandai mengetengahkan produk relevan untuk pengguna Malaysia. Tawarkan produk dengan reka bentuk lebih menarik, gaya dan warna pilihan orang muda dan pengguna Malaysia dalam peringkat umur muda hingga pertengahan.
  • Koleksi barangan dibawa masuk lebih meluas dan pelbagai saiz. Merangkumi topi keledar sehingga kasut, tidak lupa juga barisan aksesori lain.
  • Harga barang yang mampu dibayar pengguna. Ini bukan bermaksud harga murah, kualiti rendah. Tahap kualiti disediakan ikut harga tapi tidak semahal jenama lain di Malaysia dengan penarafan atau piawaian global yang setaraf (contohnya ada CE dan ECE).
  • Posisi produk lebih dekat dengan pengguna. Kebanyakan produk LS2 boleh didapati di rangkaian pengedar Mforce di setiap negeri. Kalau ada pelancaran cawangan Mforce terbaharu, diskaun sehingga 20 peratus itu benda biasa ditawarkan pada hari pelancaran.
  • Kesedaran penunggang. Makin ramai pengguna tahu mereka perlu lindungi diri sendiri dan memakai pakaian pelindungan keselamatan semasa menunggang motosikal.

LS2 nampak Malaysia

Susulan prestasi itu, LS2  Global menjadikan Malaysia sebagai medan menghimpunkan pengedar-pengedar mereka dari rantau Asia dan Oceania termasuk beberapa wakil dari Eropah.

Bertempat di HotelFour Points by Sheraton di Kuala Lumpur, LS2 menganjurkan konvensyen  termasuk memperkenalkan koleksi produk terbaharu untuk separuh kedua 2026 serta koleksi penuh tahun 2027.

Ini termasuk koleksi Winter dan Summer merangkumi empat segmen produk iaitu topi keledar, jakat dan seluar, beg serta topi keledar.

Ada sebahagian produk ini kana masuk pasaran Malaysia secara berperingkat-peringkat bermula September ini.

Artikel Berkaitan LS2 Malaysia