
SYM mempertontonkan skuter pacuan rantai versi dipertingkat skuter berantai SYM ADXTG 400 di Pameran Motosika Milan (EICMA) 2026 di Itali.
Perubahan dibuat membabitkan tiga aspek utama iaitu estetika, tambahan ciri dan peningkatan keselesaan.

Estetika membabitkan dua skim warna baharu iaitu perak metalik dan merah, siap ada grafik topografi pergunungan dan corak bentuk geometri.
SYM ADXTG 400 kini menggunakan rim aloi jenis rim lidi (multi-jejari) dengan tayar tanpa tiub (tubeless). Model sebelum ini didatangkan dengan rim aloi sport.
Panel meter kini ditingkatkan kepada jenis TFT berwarna dengan saiz 5 inci, siap ada tiga tema paparan grafik untuk dipilih. Mode siang dan malam juga ditawarkan.
Meter boleh disambung pada telefon pintar menggunakan aplikasi SYM+ untuk ciri tambahan lain termasuk navigasi.
Tambahan lain ialah kamera perakam dashcam depan dan belakang, ada soket USB Type-C, ada rak untuk pemasangan kotak belakang dan kotak sisi dan ada brek parkir.
Spesifikasi
- Enjin satu silinder 399cc OHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Kuasa maksimum: 25.7kW pada 7,000rpm
- Tork maksimum: 37.2Nm pada 5.500rpm
- Kotak gear CVT dengan pacuan akhir rantai
- Fork terbalik, monoshock dengan multi-link
- Brek depan cakera tunggal 275mm, brek belakang 233mm, ada ABS dua saluran
- Tayar depan saiz 120/70-15, tayar belakang 150/70-14
- Panjang 2,241mm, lebar 920mm dan tinggi 1,460mm
- Jarak roda 1,535mm
- Tinggi pelana 790mm
- Tangki minyak 13 liter















