
LS2 Malaysia mengumumkan tawaran topi keledar baharu jenis open-face iaitu LS2 Compass (OF628) ke pasaran Malaysia dengan dua pilihan gaya, jenis kosong dan versi grafik.
LS2 Compass ini sesuai untuk pengguna skuter dan motosikal harian di kawasan bandar dan juga di luar bandar.
PERINCIAN LS2 COMPASS (OF628)
Berdasarkan maklumat dikongsi semasa pembentangan produk, penerangan mengenai topi keledar ini dibahagikan kepada 4 aspek utama:
1. HARGA
- Topi keledar LS2 Compass kosong (atau polos) dijual dengan harga RM388 seunit dan jenis grafik (bercorak), harganya cuma RM399.
2. KOMPONEN TEKNIKAL
- Pengudaraan: Lubang angin masuk ada dua iaitu di hadapan dan belakang
- Visor luar: Jenis jernih dan bersaiz besar
- Visor dalam: Ada visor pelindung matahari berwarna hitam. Komponen sama dengan model FF808, FF800, OF620, FF807 dan FF817
- Sistem ratchet: Tali topi keledar diikat menggunakan kunci jenis klip (micro-metric system). Sama seperti model VERSO II (OF618).
- Ada ruang untuk pemasangan khas set kepala (interkom) dengan sambungan Bluetooth.
3. SPESIFIKASI
Cangkerang yang diperbuat dari bahan HPTT (High Pressure Thermoplastic Technology). Ada saiz cengkerang iaitu:
- Cengkerang 1: 4XL – XXL
- Cengkerang 2: XL – M
4. EPS
Ada 5 saiz EPS iaitu 4XL-3XL, XXL, XL, L dan M.
5. PELAPIK ATAS
Pelapik atas tidak boleh ditukar ganti. Ada dua ukuran saiznya:
- 10 mm: Saiz 3XL dan 4XL
- 14 mm: Saiz M, L, XL dan XXL
6. PAD PIPI
Pad pipi jenis universal dan serasi untuk semua model/versi. Dua ukuran saiz juga iaitu:
- 32 mm: Saiz 3XL dan 4XL
- 42 mm: Saiz M, L, XL dan XXL







