
Jaket keselamatan tunggangan motosikal empat musim untuk kegunaan penggembara. Ada pensijilan CE Kelas AA. Pelindung CE Tahap 2 untuk bahu dan siku.
Belum ada maklumat rasmi mengenai harganya, berapa banyak saiz pilihan dan bila akan masuk pasaran Malaysia.

3 Lapisan
Jaket dan seluar LS2 Breakout engan tiga lapisan iaitu outer shell, liner waterproof (boleh tanggal) dan termal liner (boleh tanggal).
- Outer shell menggunakan fabrik Ripstop 6mm dan dikatakan miliki rintangan koyak 4 kali ganda dariapda standard CE.
- Liner waterproof dicipta menggunakan bahan membran Sheltex Plus yang boleh dipakai di dalam atau di luar jaket serta seluar.
- Termal liner jenis lembut, mengekalkan suhu dan selesa. Bahagian hijau ialah panel elastik untuk memberi keselesaan semasa bergerak.

Sistem Pengudaraan
Jaket dan seluar LS2 Breakout menawarkan sistem pengudaraan termaju untuk membantu mempercepatkan proses sejukan badan dan memberi keselesaan semasa tunggangan.
Sebahagian jaket Breakout boleh ditanggalkan untuk menjadi ves berasingan yang boleh disambung dengan jaket lain.

Warna Jaket dan Seluar Breakout
Pilihan warna disediakan untuk jaket dan seluar Breakout tidak banyak namun skim rona nampak seolah-olah sesuai untuk semua jenama motosikal dan skuter adventure.







