LS2 FF817 CHALLENGER II: Helmet khas untuk penunggang motosikal touring jarak jauh

LS2 FF817 CHALLENGER II

LS2 melancarkan tiga pilihan topi keledar terbaharu mereka bersempena program MForce TOP 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Thaizhou, China baru-baru ini.

Salah satunya ialah topi keledar LS2 FF817 CHALLENGER II iaitu helmet yang dicipta khas untuk kegunaan aktiviti kembara (touring) jarak jauh.

Harga jualan untuk topi keledar LS2 FF817 CHALLENGER II di Malaysia bermula daripada RM1,488 seunit.

PERINCIAN LS2 FF817 CHALLENGER

HARGA

  • Harga diumumkan terbahagi mengikut warna iaitu RM1,488 untuk kosong/tiada corak (plain) dan RM1,499 untuk topi keledar dengan corak.

WARNA

 

SAIZ

LS2 FF817 CHALLENGER II ada tiga saiz cengkerang seperti berikut:

  1. 2XS dan S
  2. M dan L
  3. XL hingga 3XL

BERAT

  • Topi keledar CHALLENGER II jenis muka penuh (full face) yang diperbuat dari material HPFC (High Performance Fiberglass Composite) dan beratnya ialah 1,500 (±50 g).

HOMOLOGASI

  • Memenuhi standard ECE 22.06