LS2 DART II EVO: Sarung tangan penunggang motor harga bawah RM90

LS2 DART II EVO

LS2 Malaysia juga mengumumkan tawaran dua pilihan sarung tangan untuk penunggang motosikal di negara ini.

Model pertama ialah LS2 DART II EVO yang diumumkan dengan harga RM89 sepasang. Model kedua adalah LS2 CHAKI EVO dengan harga RM99.

Untuk artikel ini, tumpuan akan diberikan sepenuhnya kepada sarung tangan LS2 DART II EVO. Laporan untuk CHAKI EVO akan disediakan selepas ini.

LS2 DART II EVO (MG040 / LG040) – RM89

  • Sarung tangan penunggang yang menggunakan fabrik mesh yang membantu memudahkan aliran udara di celah-celah jari.
  • Material mesh sudah tentunya memberi keselesaan lebih baik ketika cuaca panas. Bahan mesh adalah pengganti kepada material Lycra yang digunakan sebelum ini.
  • Bahagian tapak tangan sarung itu ditambah silikon anti-gelincir untuk menguatkan lagi keupayaan cengkaman.
  • Ada tambahan bahan keras termoplastik poliuretana (TPU) yang memainkan peranan sebagai slider tapak tangan.
  • Perlindungan jari ditambah baik dengan penggunaan busa iaitu di bahagian atas jari.
  • Ada pelapik lembut digunakan untuk melindungi tulang buku jari (knuckles)
  • Bahagian hujung jari pula menggunakan material yang mesra sentuhan skrin telefon.
  • Sarung tangan ini diperbuat daripada material fabrik spandeks dan kulit baldu (suede).
  • Saiz disediakan ialah XS hingga 3XL.
  • Jualan akan bermula Mei 2026.
  • Boleh digunakan lelaki dan wanita.

PILIHAN WARNA LS2 DART II EVO

Ada enam pilihan warna disediakan untuk penunggang lelaki dan wanita.

VIDEO 360º LS2 DART II EVO

KOLEKSI GAMBAR LS2 DART II EVO