Morbidelli T250 dan T250X sudah masuk kedai-kedai pengedar Mforce

Sebelum ini ada yang bertanya bila model Morbidelli T250 akan berada di pasaran Malaysia?

Nampaknya, model berkenaan sudah tiba di rangkaian cawangan Mforce susulan iklan pengedar sejak beberapa hari lalu memetik dua varian sudah ada di pasaran.

Mforce Bike Holdings (Mforce) pernah mengumumkan rancangan menawarkan motosikal adventure suku liter ini dengan dua versi iaitu T250 dan T250X.

Ada tiga warna disediakan iaitu hitam, kelabu dan coklat padang pasir.

Kami bersama sekumpulan media pernah dibawa Mforce ke China untuk majlis pengumuman model ini serta berpeluang melihatnya secara dekat.

Spesifikasi di bawah ini adalah maklumat diperoleh semasa berada di China.

  • Motosikal ini memperoleh kuasa penggerak daripada enjin 4 lejang silinder tunggal 249cc SOHC 4 injap
  • Petrol disampaikan ke kebuk pembakaran melalui sistem suntikan bahan api Bosch dan kaedah penyejukan udara (air-cooled)
  • Kotak gear 6 kelajuan dengan klac manual.
  • Output kuasa maksimum ialah 24.4hp semasa 7,500rpm
  • Tork tertinggi 22.3Nm pada 6,000rpm
  • Kerangka atau frem yang digunakan jenis double cradle
  • Jarak roda 1,340mm
  • Tinggi tempat duduk 820mm
  • Berat kasar 154kg
  • Tangki minyak 11.7 liter
  • Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm dengan jarak travel 177mm
  • Absober belakang jenis monoshock dengan jarak travel 55mm. Monoshock belakang boleh laras prabeban
  • Brek cakera depan 265mm dengan kaliper 2-piston
  • Brek belakang jenis cakera tunggal 220mm kaliper 2-piston
  • Ada brek ABS depan-belakang
  • Rim depan 19 inci dengan tayar 90/90
  • Rim belakang 17 inci, tauar saiz 110/90
  • Instrumen meter LCD 7 inci yang diposisikan secara menegak
  • Konsol butang kawalan sebelah kiri dan kanan hendal dilengkapi latar pencahayaan
  • Ada soket USB Type-A
  • Motosikal ini juga didatangkan dengan teknologi Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control)

Galeri Gambar Morbidelli T250X