LS2 RAPID III (FF820): Helmet full-face untuk penunggang urban-touring, harga mula RM422

Satu lagi topi keledar kedua jenama LS2 yang bakal dijual di rangkaian pengedar tempatan di ialah RAPID III. Ini adalah model baharu ketiga selepas LS2 STORM III dan LS2 CHALLENGER II.

LS2 RAPID III (FF820) disasarkan kepada penunggang motosikal dan skuter urban-touring dan harganya mula daripada RM422 seunit.

PERINCIAN LS2 RAPID III (FF820)

HARGA

Harga diumumkan terbahagi mengikut warna iaitu RM422 untuk kosong/tiada corak (plain) dan RM433 untuk topi keledar dengan corak.

WARNA

Ada dua jenis pilihan warna topi keledar iaitu solid (plain) dan bercorak (ada liveri dan corak).

Hanya empat warna solid (plain) disediakan untuk Rapid III. Untuk topi keledar jenis bercorak, Rapid III ada 15 pilihan.

SAIZ

LS2 RAPID III ada tiga saiz cengkerang seperti berikut:

  • 2XS dan S
  • M dan L
  • XL hingga 3XL

BERAT

Topi keledar LS2 RAPID III jenis muka penuh (full face) yang diperbuat daripada material HPTT (High Pressure Thermoplastic Technology) dan beratnya ialah 1,350 (±50 g).

HOMOLOGASI

Memenuhi standard ECE 22.06