LS2 umum jaket BREEZE masuk pasaran Malaysia, harga RM369

LS2 memperkenalkan jaket keselamatan tunggangan terbaru mereka iaitu LS2 BREEZE yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Jaket ringan ini menggunakan 80 peratus material mesh untuk membolehkan aliran udara lebih baik, sesuai untuk kegunaan tunggangan dalam bandar.

Harga jaket LS2 BREEZE yang diumumkan untuk pasaran Malaysia ialah RM369 sehelai.

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG LS2 BREEZE

Ini adalah beberapa maklumat yang kru kami peroleh semasa hadir ke majlis pelancaran tiga topi keledar dan jaket LS2 di China baru-baru ini.

SAIZ

Jaket itu didatangkan bersama pilihan saiz dari sekecil S sehingga 5XL untuk lelaki dan wanita.

WARNA

Ada empat warna pilihan LS2 BREEZE disediakan iaitu tiga versi hitam dan satu kelabu lembut mengikut jantina.

  • Lelaki ada empat warna iaitu hitam merah, hitam kuning, hitam kelabu dan kelabu lembut
  • Wanita ada tiga warna iaitu hitam kuning, hitam kelabu dan kelabu lembut

MATERIAL

Lapisan luar jaket LS2 Breeze menggunakan fabrik Poliester 600D Oxford dengan kombinasi fabrik jaring udara ringan (mesh).

PERLINDUNGAN

  1. Bahagian sikut ada dilengkapi pad pelindung 2 kedudukan boleh disesuaikan ikut pemakai.
  2. Pelindung bahu dan siku boleh tanggal (EN1621-1:2012 Tahap 1).
  3. Boleh tambah pad pelindung dada LS2 CE dan pelindung belakang LS2 851 Tahap 2.
  4. Ada tiga jalur pemantul cahaya atau reflektif (depan, bahu dan belakang).
  5. Zip dengan pelapik tahan-calar (untuk lindungi tangki minyak motosikal daripada tercalar).

CIRI LAIN JAKET

  1. LS2 BREEZE ada dua poket di hadapan.
  2. Pinggang, pergelangan tangan dan lengan boleh laras (diketatkan atau longgarkan).