Morbidelli T250 (2026) sudah masuk kedai motor, 3 warna, harga badan RM7,988

Morbidelli T250 diumumkan untuk pasaran Malaysia dengan harga badan RM7,988. Motosikal ini sudah ada di kedai-kedai pengedar Mforce Bike Holdings (Mforce) di seluruh negara.

Ada tiga warna disediakan untuk Morbidelli T250 iaitu hitam (Bulk Black), kelabu (Anarchy Grey) dan merah (Carnage Red).

Berikut ialah perinciannya:

  • Enjin satu silinder 249.4cc SOHC 4 injap dengan sistem penyejukan minyak dan suntikan bahan api.
  • Kuasa maksimum 16.7kW @ 7,500rpm.
  • Tork puncak 22.3Nm @ 6,000rpm.
  • Kotak gear manual 6 kelajuan.
  • Fork teleskopik terbalik (USD) dan monoshock boleh laras prabeban (preload).
  • Cakera brek depan dan belakang, ada sambungan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwisaluran,
    sekali gus meningkatkan tahap keselamatan ketika membrek.
  • Tayar depan 90/90-19, tayar belakang 110/90-17.
  • Dimensi panjang 2,070mm, lebar 975mm dan tinggi 1,190mm.
  • Jarak roda 1,365mm. Tinggi tempat duduk 830mm.
  • Jarak lega bumi 250mm.
  • Tangki minyak 12 liter.
  • Meter jenis digital.
  • Satu soket pengecas USB Type-A
  • Sistem kunci mekanikal dan anak kunci.
  • Sistem pencahayaan LED penuh.
  • Ada gard tangan (handguard).