
Cerita tentang WMOTO NEXY 180i masih hangat diperkatakan dan kini, ada satu lagi model yang akan dilancarkan bersama NEXY 180i iaitu VOGE SR3 GT (2025).
VOGE SR3 GT ini pernah ditemui di Terengganu sebelum ini, ditunggang bersama ‘Ariffin’ dan NEXY 180i semasa ujian endurance.
Melihat pada trend sebegini, kru kami merasakan tempoh peperangan skuter 250cc ini pasti akan menjadi lebih dramatik dengan ketibaan SR3 GT atau dipanggil SR250 GT di pasaran luar.
SR3 GT (2025) akan jadi skuter pertama di bawah jenama VOGE di Malaysia dan model ketiga selepas adventure touring DS900 X, cruiser CU525 dan supermoped VOGE FR150 Formica Rossa.
Sumber kedai pengedar ada memberi bayangan harga skuter VOGE SR3 GT iaitu bawah RM19,000. Sejauh mana ini benar, kita tunggu hari pelancarannya… sumber pengedar cakap 19 Oktober ini.
Ini spesifikasi yang pernah kru kami kongsikan tentang VOGE SR3 GT:
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Kamera perakam (dashcam) depan
- Instrumen meter TFT 7 inci berwarna
- Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
- Ada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyah aktif
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar
- Pemanas grip
- Soket USB Type-A
- Penghadang angin (windshield) boleh laras cara manual
SPESIFIKASI VOGE SR3
- Enjin silinder tunggal 244.3cc SOHC (bukan DOHC) 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Nisbah mampatan 11.5:1
- Kuasa maksimum 25.5hp (19kW) @ 8,250rpm
- Tork maksimum 23Nm @ 6,500rpm
- Sistem transmisi automatik CVT
- Panjang 2,100mm
- Lebar 795mm
- Tinggi 1,392mm
- Jarak roda 1,525mm
- Jarak bumi 155mm
- Tinggi tempat duduk 770mm
- Berat bersih 165kg
- Tayar depan 120/70-14
- Tayar belakang 140/60-13
- Brek cakera depan 260mm
- Belakang cakera belakang 240mm
- Ada sistem brek ABS dan Kawalan Cengkaman (TCS – Traction Control)
- Tangki minyak 14 liter
- Fork teleskopik biasa, set absober berkembar di belakang
- Ada sambungan Bluetooth
























