
Dalam tempoh seminggu ini, ada beberapa pengedar motosikal di kawasan Pahang, Perak, Selangor dan Johor rancak membuat hebahan pengambilan tempahan awal untuk model satu skuter terbaharu iaitu NEXY+ 180i.
Dalam promosi di media sosial, nama model digunakan ada dua iaitu nama asalnya Taige NEXY 180 dan ada pula menggunakan nama WMOTO NEXY 180i.
Ini mungkin petunjuk awal WMOTO akan menyambut ketibaan satu lagi skuter baharu selepas pelancaran WMOTO EZ125i dan WMOTO Cruiser AMT 125.
Petunjuk harga badan disiarkan dalam promosi kedai motosikal berada dalam paras RM10,000. Ada pula pengedar menyiarkan harga serendah RM7,988. Betul ke? 🧐
Sejauh mana kebenaran harga ini… kena tunggu pengumuman rasmi MForce. Ini kerana ada juga pengedar ‘rajin’ menawarkan promosi awal dan tempahan boleh dibuat dengan bayaran serendah RM50.
Cerita tentang NEXY ini pernah kru kami kongsikan sebelum ini. Malah skuter itu pernah dikesan diuji bersama model ‘Ariffin‘ di Terengganu.

