Skuter Nexy+ 180i akan masuk Malaysia tidak lama lagi

Januari tahun ini kita sudah saksikan banyak model skuter baru masuk pasaran Malaysia dan Aveta Malaysia juga menunggu masa untuk melancarkan skuter Aveta Nova.

Tapi ini hanya permulaan perang skuter sebabnya ada satu lagi model baru akan muncul tak lama lagi iaitu Nexy+ 180i. Tapi persoalan yang bermain di minda ialah syarikat mana yang akan bawa model ini masuk ke Malaysia?

Kalau ikut maklumat yang kami baru dapat, skuter Nexy+ 180i akan tiba di Malaysia pada suku kedua tahun ini, mungkin lepas Hari Raya Aidilfitri.

Sambil menunggu kedatangan skuter Nexy+ 180i, apa kata kita tengok spesifikasi dan apa yang ada pada skuter Nexy+ 180i.

Kalau tengok gambar Nexy+ 180i, mungkin ada antara kita yang berfikiran ini skuter elektrik tapi hakikatnya bukan. Ini memang skuter guna petrol sepenuhnya.

Nexy+ 180i ini mula-mula membuat penampilan di Pameran Dagangan Antara Bangsa Motosikal China (CIMA) pada bulan September tahun 2024.

Skuter ini dikeluarkan syarikat Taige Motor dan adalah anak syarikat kepada pengeluar dua roda terkemuka Loncin.

DATA TEKNIKAL (SPESIFIKASI) NEXY+ 180i

  • Enjin: 4 strok satu silinder (kod enjin KS180F) SOHC, 4 injap dengan sistem penyejukan cecair (liquid cooled)
  • Kapasiti: 174cc
  • Bore x Stroke: 61mm x 59.6mm
  • Nisbah mampatan: 11.5 : 1
  • Kuasa maksimum: 13.6kw (18.2hp) @ 8,500rpm
  • Tork maksimum: 17.2Nm @ 6,500rpm
  • Transmisi: automatik CVT
  • Panjang: 1,970mm
  • Lebar: 770mm
  • Tinggi: 1,150mm
  • Jarak dari bumi: 150mm
  • Jarak antara roda: 1,315mm
  • Tinggi tempat duduk: 765mm
  • Saiz tangki minyak: 8 liter
  • Brek depan: cakera tunggal 260mm kaliper 4 piston
  • Brek belakang: cakera tunggal 220mm
  • Tayar depan: 110/70 – 14
  • Tayar belakang: 130/70 – 13
  • Berat: 136kg
  • Ada brek ABS depan-belakang
  • Ada Traction Control (TCS)
  • Ada kamera dashcam depan 720p
  • Lengkap dengan Welcome Light
  • Ada TPMS
  • Kunci keyless
  • Meter TFT 6 inci (boleh tambah navigasi Carplay)