VOGE ada beberapa model skuter yang agak menarik dan menjualnya di negara luar khususnya di negara-negara Barat.
Salah satu model yang dilihat agak menarik dan mungkin ada peluang masuk pasaran Malaysia ialah VOGE SR3. Model ini juga dikenali dengan nama VOGE SR250GT di beberapa pasaran lain.

Kalau tak silap, skuter jenama China ini pernah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2024 dan dilihat menghadiri penganjuran satu acara himpunan skuter di Terengganu.
VOGE SR3 memiliki pakej reka bentuk yang meletakkan skuter ini sebagai lebih unik berbanding pesaing-pesaing lain dalam kategori 250cc. Ini adalah antara ciri yang ada pada VOGE SR3:
- Sistem pencahayaan LED penuh
- Kamera perakam (dashcam) depan
- Instrumen meter TFT 7 inci berwarna
- Sistem kemasukan tanpa kunci (keyless)
- Ada teknologi Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dinyah aktif
- Sistem pemantauan tekanan angin tayar
- Pemanas grip
- Soket USB Type-A
- Penghadang angin (windshield) boleh laras cara manual
SPESIFIKASI VOGE SR3
- Enjin silinder tunggal 244.3cc SOHC (bukan DOHC) 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Nisbah mampatan 11.5:1
- Kuasa maksimum 25.5hp (19kW) @ 8,250rpm
- Tork maksimum 23Nm @ 6,500rpm
- Sistem transmisi automatik CVT
- Panjang 2,100mm
- Lebar 795mm
- Tinggi 1,392mm
- Jarak roda 1,525mm
- Jarak bumi 155mm
- Tinggi tempat duduk 770mm
- Berat bersih 165kg
- Tayar depan 120/70-14
- Tayar belakang 140/60-13
- Brek cakera depan 260mm
- Belakang cakera belakang 240mm
- Ada sistem brek ABS dan Kawalan Cengkaman (TCS – Traction Control)
- Tangki minyak 14 liter
- Fork teleskopik biasa, set absober berkembar di belakang
- Ada sambungan Bluetooth



















