Morbidelli rancang sertai perlumbaan Moto2, Moto3 dan perlumbaan tempatan di China dan Malaysia?

morbidelli lumba malaysia

Morbidelli ialah jenama motosikal yang berasal dari Itali dan pernah popular dalam sukan berlumba motosikal bermula dari tahun 1969 sebelum mengundurkan diri pada 1982.

Sejarah Morbidelli dalam sukan berlumba motosikal agak menarik untuk didalami, antaranya termasuk penglibatan Graziano Rossi (bapa Valentino Rossi) dengan jentera 250cc Morbidelli.

Kini, Morbidelli berada di bawah Keeway Group yang turut memiliki Benelli. Dan… dua tiga hari lalu, ada pengumuman menarik tentang jenama Morbidelli semasa Morbidelli Day 2025 di China.

Morbidelli akan kembali menyertai semula sukan berlumba dengan penajaan dalam kategori Moto2 dan Moto3 dalam MotoGP.

Bukan itu sahaja, Morbidelli juga ingin membangunkan pasukan perlumbaan sendiri dan memberi sokongan kepada rakan-rakan pengedar menerusi pembabitan dalam perlumbaan tempatan.

Kru kami difahamkan, perlumbaan tempatan ini turut melibatkan Malaysia dan China. Di Malaysia, jenama Morbidelli adalah di bawah pihak MForce Bike Holdings.