
ZXMOTO 500F turut diperkenalkan ke pasaran Malaysia, bersama dua model fairing penuh 500RR dan 820RR.
Naked bike ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu hitam Phantom Black, merah Crimson Red dan putih Arctic White.


Model ini dibangunkan menggunakan platform sama seperti 500RR tetapi dengan ergonomik tunggangan dan talaan berbeza, lebih berfokuskan tunggangan harian di jalan raya serta bersifat santai.
ZXMOTO 500F dilengkapi dua mode tunggangan iaitu Eco dan Sport.
Meter digunakan jenis kombinasi analog dengan satu skrin LCD.
Turut tersedia ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang serta Kawalan Cengkaman (TCS).
Berikut ialah spesifikasinya:
- Enjin 4 silinder sebaris 470cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
- Output kuasa 54kW pada 11,000rpm dan tork 48Nm pada 9,500rpm.
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac Slipper.
- Fork depan jenis terbalik (USD) boleh laras redaman, monoshock belakang boleh laras prabeban.
- Brek cakera berkembar 300mm untuk roda depan, cakera tunggal 220mm di belakang.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Tangki minyak 15 liter.
- Tinggi pelana 795mm.
- Berat kasar 175kg.
- Jarak roda 1,395mm.
- Panjang 2,015mm.
- Lebar 800mm.
- Tinggi 1,060mm.
Artikel Berkaitan
- Mforce hantar staf jalani latihan teknikal selepas jualan di ZXMOTO China selama 4 hari
- ZXMOTO 500RR dan 500F lancar di Malaysia 13 September 2026, Anggaran harga bawah RM30,000
- ZXMOTO 820RR lancar di Malaysia 13 September 2026, Anggaran harga bawah RM40,000
- ZXMOTO 500RR: Sportbike kelas pertengahan bakal jadi pilihan pengguna Malaysia?
- ZXMOTO 500F: Naked bike gaya retro debut di Malaysia Bike Show 2026, harga bawah RM30,000?
- Cerita tentang ZXMOTO masuk Malaysia, Mforce akan buat kejutan di Malaysia Bike Show 2026?
- Ada 3 varian ZXMOTO 820RR, mana satu akan masuk Malaysia?
- Mforce jadi pengedar eksklusif jenama ZXMOTO di Malaysia, bakal lancar 3 model?




























