
Kurang sebulan lagi, model-model motosikal popular ZXMOTO akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia oleh Mforce Bike Holdings (Mforce).
Tarikh rasmi yang diumumkan Mforce ialah 13 September 2026. Sebagai amalan biasa untuk mana-mana model baharu, Mforce menghantar wakil mereka ke China untuk menjalani persiapan awal.


Persiapan ini lebih tertumpu kepada aspek menimba ilmu lebih mendalam dan memahami soal teknikal motosikal jenama ZXMOTO selain menjalani latihan intensif dengan pemerhatian serta bimbingan tenaga pakar ZXMOTO China.

Berdasarkan perkongsian, latihan diberi melibatkan aspek alat ganti, mengenal pasti komponen serta fungsi setiap bahagian dan pemahaman tentang keperluan penyelenggaraan dan penggantian alat ganti.
Malah ini dikatakan akan Pengetahuan ini penting bagi memastikan proses diagnosis dan servis dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, cekap dan profesional.
Antara yang kelihatan menjalani latihan di situ ialah Pengurus Servis Mforce, Mohamad Rusdi Rejab.
Cerita tentang kedatangan ZXMOTO ke Malaysia bermula dengan Mforce dilantik sebagai pengedar eksklusif sebelum tayangan barisan model popular mereka di Mforce MotoXperience 2026.
Artikel Berkaitan
- ZXMOTO 500RR dan 500F lancar di Malaysia 13 September 2026 – Anggaran harga bawah RM30,000
- ZXMOTO 820RR lancar di Malaysia 13 September 2026; Anggaran harga bawah RM40,000
- ZXMOTO 500RR: Sportbike kelas pertengahan bakal jadi pilihan pengguna Malaysia?
- ZXMOTO 500F: Naked bike gaya retro debut di Malaysia Bike Show 2026, harga bawah RM30,000?
- Cerita tentang ZXMOTO masuk Malaysia, Mforce akan buat kejutan di Malaysia Bike Show 2026?
- Ada 3 varian ZXMOTO 820RR, mana satu akan masuk Malaysia?
