
Selepas membuat hebahan lantikan sebagai pengedar eksklusif di Malaysia, Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan pihaknya akan melancarkan jenama ZXMOTO secara rasmi ke pasaran tempatan.
Pelancaran akan dibuat di Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS Serdang bermula 29 Mei ini. Maklumat diperoleh mendedahkan Mforce merancang untuk melancarkan tiga model ZXMOTO iaitu 820RR, 500F dan 500RR.

Model naked bike retro ZXMOTO 500F mengimbau kembali gayaan klasik motosikal Jepun era 1970an hingga 1980-an, dicetuskan oleh Honda dengan model CB750 Four 1968 sebelum diikuti pengeluar lain.
Semasa sesi podcast Mforce dengan Ketua Pegawai Operasi, Asri Ahmad ada beri bayangan anggaran harga badan untuk ZXMOTO 500 ialah bawah RM30,000 seunit.
Ini anggaran harga bukannya harga rasmi. Masih tinggal 25 hari lagi untuk mengetahui berapa harga sebenarnya.
Di bawah ini ialah perincian untuk ZXMOTO 500F:
- ZXMOTO 500F diperkenalkan di CIMAMOTO 2025 iaitu platform sama dan tahun sama yang menyaksikan penampilan Honda CB500 SUPER FOUR di China.
- Motosikal naked bike China yang berkongsi enjin sama dengan sportbike 500RR tetapi menerima talaan berbeza.
- Enjin digunakan jenis 4 silinder sebaris 470cc DOHC 16 injap dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api.
- Output kuasa ialah 54kW (73.4hp) @ 11,000rpm dan tork puncak 48Nm @ 9,500rpm.
- Sistem transmisi klac manual 6-kelajuan
- Frem jenis keluli trellis berbentuk diamond. Swing arm pula diperbuat daripada material aluminium aloi.
- Fork depan jenis terbalik (USD) dan boleh ditala. Absober belakang jenis monoshock, juga boleh di laras.
- Brek depan cakera berkembar 300mm. Brek belakang cakera tunggal kaliper 1-piston.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang).
- Tangki minyak 15.5 liter.
- Tinggi tempat duduk 795mm.
- Jarak roda 1,395mm dan berat kasarĀ 175kg.
Artikel Berkaitan
- Mforce jadi pengedar eksklusif jenama ZXMOTO di Malaysia, bakal lancar 3 model?
- Ada 3 varian ZXMOTO 820RR, mana satu akan masuk Malaysia?
- Cerita tentang ZXMOTO masuk Malaysia, Mforce akan buat kejutan di Malaysia Bike Show 2026?
- Honda CBR400R FOUR E-Clutch: Model konsep sportbike ‘lahir’ kerana China?


























