ZXMOTO 500RR: Bakal jadi sportbike popular kelas pertengahan di Malaysia?

Selain supersport 820RR, Mforce Bike Holdings (Mforce) juga melancarkan model sportbike kelas pertengahan ZXMOTO 500RR ke pasaran tempatan.

Model ini menggunakan enjin 4-silinder sebaris (820RR guna enjin 3-silinder) akan bermain dalam liga 400-500cc, menguji kedudukan beberapa model popular sedia ada di Malaysia.

Khabar tentang kedatangan ZXMOTO 500RR sudah diketahui dengan lebih awal, malah jentera itu juga sudah disaksikan beberapa kali termasuk semasa pameran Mforce MotoXperience 2026.

Untuk pasaran tempatan, ZXMOTO 500RR akan ditawarkan dengan tiga warna pilihan iaitu putih Frost White, hitam Onyx Black dan merah Nitro Red.

Model ini dilengkapi winglet untuk membantu menguatkan cengkaman roda denga meningkatkan daya tekanan ke bawah (downforce).

Ada Ram Air yang menambah ekstra kuasa 2hp jika kelajuan melepasi 160km/j. Tidak lupa juga QuickShifter, Sistem Brek ABS dua saluran dan Kawalan Cengkaman, serta lima mode tunggangan iaitu Rain, Street, Sport dan dua mode kustom.

#MalaysiaBikeShow #mforce #mforcemotoxperience zxmoto 500rr

Spesifikasi ZXMOTO 500RR

Di bawah ini adalah spesifikasi untuk ZXMOTO 500RR di Malaysia:

  • Enjin 4 silinder sebaris 470.2cc DOHC 16-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Output kuasa 62kW @ 13,500rpm dengan tork 46Nm @ 11,500rpm.
  • Nisbah mampatan 12.9:1.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan Slipper Clutch.
  • Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm dan monoshock belakang boleh laras redaman dan prabeban.
  • Rim 17 inci berbalut tayar 120/70 (depan) dan 180/55 (belakang)
  • Brek cakera depan jenis berkembar 320mm.
  • Brek cakera tunggal belakang 240mm.
  • Panjang 2,005mm
  • Lebar 705mm
  • Tinggi 1,125mm
  • Jarak roda 1,395mm
  • Tinggi pelana 795mm
  • Berat kasar 170kg
  • Tangki minyak 15 liter

Artikel Berkaitan

 

Galeri Gambar ZXMOTO 500RR