
Jika Marshal Toughman 800 untuk pemegang lesen memandu B Full, maka Marshal XS250 pula dilihat sebagai satu pilihan untuk peminat yang memiliki lesen B2.
Jentera cruiser suku liter ini dijual dengan harga badan RM18,800. Pilihan warna diberi juga dua iaitu hitam Mystic Black dan perak Moonlit Silver.

Motosikal ini dipasang enjin dua silinder sebaris bersesaran 248cc dengan sistem penyejukan cecair dan menggunakan kaedah suntikan bahan api.
Output kuasa 18.4kW pada 8,000rpm dan daya tork setinggi 23.4Nm pada 6,500rpm. Kotak gear jenis manual 6-kelajuan. Sistem pacuan akhir adalah jenis rantai.
Fork depan jenis teleskopik biasa dengan absober berkembar di bahagian belakang. Rim motosikal ini berukuran 16 inci depan dan belakang.
Tayar depan digunakan berjenama Kenda bersaiz 130/90 dan belakang pula berukuran 150/80.
Sistem brek jenis cakera tunggal untuk roda depan dan belakang, siap dengan kaliper dwi-piston dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Berat motosikal 193kg dengan pelana setinggi 690mm. Kapasiti tangki minyak ialah 14 liter.
Dimensi panjang ialah 2,190mm, lebar 825mm dan tinggi 1,180mm. Jarak roda 1,490mm.
Artikel Berkaitan
- Marshal Moto: Jenama motosikal baharu bakal sertai saingan cruiser Malaysia?
- SENKE SK400-KG buat kejutan masuk pasaran Malaysia, harga badan RM21,800
















