Mforce Sambung Insentif Rebat RM2,400 untuk Pembelian EV Sehingga 15 Julai 2026

Insentif rebat RM2,400 pembelian skuter elektrik menerusi program Mforce.Cas sepatutnya berakhir semalam selepas dua bulan tawaran disediakan.

Namun, Mforce Bike Holdings (Mforce) selaku syarikat yang menawarkan insentif itu memilih untuk melanjutkan lagi program Mforce.Cas dan mengekalkan tawaran rebat sehingga RM2,400 sehingga 15 Julai ini.

Insentif itu diberikan kepada pembeli skuter elektrik pelbagai jenama di bawah kendalian Mforce seperti QJMOTOR, YADEA dan ZEEHO.

Pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai program ini ada disediakan di laman web Mforce.Cas: https://mforcecas.my

Artikel Berkaitan Mforce.Cas

Model EV MForce