
Buat pemilik Aveta NOVA 160 dan Aveta NOVA 200 yang alami isu bacaan meter minyak kurang tepat… ini jawapan pihak Aveta Careline kepada permasalahan anda.
Aveta Careline menerusi perkongsian di media sosial menjelaskan bahawa pihak Aveta Motor Malaysia sudah kenal pasti punca masalah itu yang berlaku pada model NOVA 160 dan NOVA 200.
Aveta Careline mengatakan:
“Punca isu tersebut telah dikenal pasti dan penambahbaikan telah dilaksanakan dengan penambahan washer plastik 2mm pada skru sensor minyak.
“Pelanggan disarankan untuk menghubungi pengedar sah AVETA bagi menjalankan pemeriksaan dan pembaikan yang diperlukan.”
Maksudnya, permasalahan bacaan meter minyak ini dapat di atas dengan menggunakan washer plastik 2mm pada skru sensor minyak.
Semua model NOVA 200 dan 150 terlibat?
Aveta Careline menyambung:
“Pelanggan disarankan untuk menghubungi pengedar sah AVETA bagi menjalankan pemeriksaan dan pembaikan yang diperlukan.
“Selain itu, bagi model Nova 160 dan Nova 200 yang dikeluarkan bermula Mei 2026 dan seterusnya, penambahan washer plastik 2mm pada skru sensor minyak telah dilaksanakan semasa proses pengeluaran.”
Seandainya permasalahan masih berlaku, Aveta meminta pelanggan mereka memaklumkannya kepada pengedar sah Aveta. Tujuannya untuk membolehkan pihak Aveta menjalankan semakan dan tindakan penambahbaikan lanjut.
Kalau pengedar Aveta tolak pelanggan?
Menyedari sikap segelintir pengedar, Aveta turut menambah:
“Sekiranya pelanggan menghadapi sebarang kesukaran atau permintaan pembaikan ditolak oleh pihak pengedar, sila laporkan terus kepada pihak AVETA untuk bantuan.
“Kami amat menghargai kesabaran dan kerjasama anda sepanjang kami berusaha memastikan tahap kualiti produk AVETA sentiasa berada pada tahap terbaik.
“Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan atau penjelasan lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan AVETA di talian 012-5035409.
“Waktu operasi kami adalah Isnin hingga Jumaat, dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tutup pada hujung minggu dan cuti umum.”
Artikel Berkaitan:
- Teyin TX250F (2026): Kembar Aveta NOVA 250 di China semakin canggih, siap ciri Cornering ABS
- Aveta NOVA 200 (2026): Adakah ini pengganti skuter Aveta NOVA 160 SE?
- Apa Beza Aveta NOVA 250 Limited Edition Nordic Blue (2026) dengan NOVA 250 Titan Red?
- Aveta Nova 160 SE (2026): 2 warna baharu, hanya 1,000 Mantis Green jadi Edisi Terhad, harga badan RM8,088
- Aveta NOVA 250 (2025) dilancarkan dengan 2 warna pilihan, harga badan RM14,388
- Aveta NOVA 160 Signature Edition (SE) sudah tiba, ada brek ABS, TCS, harga pengenalan RM8,088
- Betul ke ini spesifikasi skuter Aveta NOVA 250 (2025)?
- Ada rancangan lancar skuter Aveta NOVA 160 versi ABS?
- Viral gambar 2 warna Aveta NOVA 250 (2025), jadi lancar November ini?

