Apa Beza Aveta NOVA 250 Limited Edition Nordic Blue (2026) dengan NOVA 250 Titan Red?

Aveta NOVA 250 menemui peminat tempatan pada Oktober lalu dan pada Januari 2026, Aveta Motor Malaysia memperbaharui pilihan warna NOVA 250 dengan rona merah Titan Red.

Turut diperkenalkan pada waktu itu ialah model edisi terhad Aveta NOVA 250 ABS Limited Edition (2026) dengan seragam biru lembut Nordic Blue, terhad 688 unit sahaja.

Senarai Harga Badan NOVA 250 (2026)

  • Aveta NOVA 250 ABS Limited Edition warna Nordic Blue: RM14,888
  • Aveta NOVA 250 ABS warna Titan Red: RM14,388

Harga badan ini tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Apa Beza Varian Edisi Terhad?

Aveta NOVA 250 ABS Limited Edition (2026) ada beberapa kelainan iaitu bar hendal aloi yang nampak lebih sporty, meter TFT dan lencana edisi terhad Aveta. Ada lencana nombor siri.

Boleh Beli Mana?

Aveta NOVA 250 ABS Titan Red ditawarkan di seluruh negara melalui semua pengedar sah Aveta bermula Januari 2026.

Aveta NOVA 250 ABS Limited Edition warna Nordic Blue pula mula ditawarkan pada Februari 2026 secara eksklusif di Aveta Preferred Dealers dan Pusat Aveta Elite.