Aveta Nova 160 SE (2026): 2 warna baharu & hanya 1,000 Mantis Green jadi Edisi Terhad, harga badan RM8,088

Aveta Global Marketing (Aveta Malaysia) membuka tirai tahun 2026 dengan pengenalan warna pilihan baharu untuk skuter Aveta Nova 160 Signature Edition (SE).

Aveta Nova 160 Signature Edition (SE) diperkenalkan bermula tahun lalu sebagai model versi dipertingkat dan menggantikan tempat Nova 160 Standard.

APA MENARIK TENTANG WARNA BAHARU AVETA NOVA 160 SE?

Aveta memperkenalkan warna dua warna baharu untuk Nova 160 SE iaitu hijau Mantis Green dan ungu Cosmic Purple.

Aveta Nova 160 SE Mantis Green Limited Edition (2026)

Apa yang menarik ialah warna hijau ditawarkan dalam bilangan terhad iaitu 1,000 unit sahaja dan hanya boleh didapati secara eksklusif di pengedar Aveta Preferred di seluruh Malaysia.

Aveta Nova 160 SE Mantis Green Limited Edition (2026) ini ada nombor siri tersendiri iaitu bermula daripada 0001/1000. Ini salah satu eksklusivitinya.

Aveta Nova 160 SE Cosmic Purple (2026)

Aveta Nova 160 SE Cosmic Purple (2026)

Warna kedua baharu Aveta Nova 160 Signature Edition untuk tahun 2026 ialah rona ungu putih dan pilihan warna ini ada di pasaran bermula minggu ketiga Januari ini.

Bezanya, model ini boleh didapati menerusi semua pengedar sah Aveta di seluruh negara.

HARGA BADAN AVETA NOVA 160 SE (2026)

Walaupun status edisi terhad dan menggunakan warna baharu, harga badan untuk Aveta Nova 160 SE dikekalkan sebanyak RM8,088 yang tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Spesifikasi kekal seperti model SE tahun lalu.

GALERI FOTO NOVA 160 SE (2026)

Aveta Nova 160 SE Mantis Green Limited Edition (2026)

Aveta Nova 160 SE Cosmic Purple (2026)